Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor berikut :
1. TEMPOH MASA PERKENALAN.
Pasangan yang berkenalan lebih 2 tahun lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding yang berkenalan dalam jangka masa pendek.
2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI
Keputusan berkahwin hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.
3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN
Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan menharap pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini.
5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP
Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda.
aMek kO..bKn sNg nk tenGok pRincE_ZA seNyum LeBau dLm gaMbar....
6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI
Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.
7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA
Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.
8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING
Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki.
9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar.
10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN
Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.
P/S : NO. 1 Tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.
sumber : GOOGLE (edited)
2 comments:
yg penting terima seadanya huhuu
azuan : btl tu..setuju!
Post a Comment