Friday, January 11, 2013

Immunity to Rubella

Lately (2-3 weeks) ni...aku asyik memikirkan tentang Rubella & banyak cari info pasal Rubella.

Kisahnya, masa pregnant Aryyan dulu, during blood test, result mengatakan aku "low level of anti Rubella. IgG detected.".  Dr. Fatimah terangkan yg vaccine Rubella dalam darah aku kurang. Masa dapat tahu tu..laju2 fikiran teringat pada seorang classmates (close friends) masa sekolah, yang baby dia dijangkiti Cognital Rubella Syndrome (CRS) masa dilahirkan.

CRS - boleh menyebabkan Eye abnormalities, Sensorineural deafness, Cognital heart disease, Mental retardation, Eye defects, Developmental delay, Learning disabilities, Diabetes, Glaucoma, Spleen, liver or bone marrow problems etc. Boleh tanya Mr. #Wikipedia.

Aku ingat lepas bersalin classmate ni call aku tanya pasal injection Rubella masa sekolah...
Aku jawab "kita ada amikla masa tu...yg ramai2 budak pompuan kena amik injection..TAK SILAP.." 
Ahaa...Aku sendiri x yakin dgn jawapan aku masa tu. Adehhh...then, bila blood test sendiri tunjuk result cmtu...lemah lutut dibuatnya, otak dah fikir macam2, hati memang x sedap je sepanjang pregnancy. Then, Dr. Fatimah said, xpe...insyaAllah x pape & sarankan aku amik vaccine Rubella after bersalin before 2nd baby. Noted.

Lepas bersalin, dah mula bz dengan macam2 hal...makin lama makin lupa tentang vaccine Rubella ni... Sampai satu masa, bila terasa nak pregnant 2nd baby, baru teringat pasal Rubella ni. One day, aku try contact Hospital Annur, Klinik Kesihatan Bangi, Hospital Serdang tanya pasal suntikan vaccine Rubella ni. Semua bagi jawapan hampa.

Annur - "Dah lama x restock Rubella..."
KK Bangi - "Takde suntikan Rubella untuk wanita, biasanya untuk kanak-kanak/ remaja. Tak pernah ada kes cmni."
Hospital Serdang - "Suntikan Rubella untuk kanak-kanak shj. Tak ada suntikan untuk wanita sebab dah diberi masa sekolah."

Ok fine. Mana boleh dapatkan vaksin Rubella untuk wanita??? Dah patah hati dah masa tu. Cakap kat pRincE_ZA "cukuplah Aryyan sorang yah. Tak berani nak tanggung risiko." Dan pRincE_ZA pun faham & dia sendiri x pernah tetapkan berapa ramai anak dia nak. Mungkin bg dia janji adooo...

Dan baru-baru ni, baru perasan FB Dr. Zubaidi & terlintas nak tanya dia personally. Maka, aku PM blaa..bla..bla.. Jawapan ringkas minta refer blog dia. Laju2 baca & serach "Rubella".

Ujian pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan Vaksin Rubella   **click to read

My blood test result masa pregnant dulu...


Conclusion, my IgG detected (positif), maka x perlu suntikan vaccine Rubella.

Alhamdulillah...lepas baca terus tarik nafas panjang. LEGA! rasa nak lompat-lompat. Let's plan for the next baby anytime from now. Hehehehe... Tapi rasanya macam nak buat blood test lagi sekali.


p/s= Tak semua lab yg bagi blood test result mcm ni, so far, yg aku tahu private hospital is Hospital Annur (sebab aku checkup & bersalin situ). Lain-lain private clinic/hospital aku x sure. But KK or hospital kerajaan memang x de. Mayb kalau nak details baru ada kot.




2 comments:

Noura Qifays said...

tym sekolah hri tu pon xamek suntikan rubella nie...

Anonymous said...

Sori tanya..knape xperlu ribella ye.?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...